Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ayat yang paling agung di dalam al-Quran

Teks Bahasa Arab

أعظم آية في القرآن: {اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ}. وأعدل آية في القرآن: {إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ} إلى آخرها. وأخف آية في القرآن: {فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ. وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ}. وأرجى آية في القرآن: {قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ}.

Teks Bahasa Melayu

Ayat yang paling agung di dalam al-Quran adalah: {Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal} [ٍSurah al-Baqarah: 255]. Dan ayat yang paling adil di dalam al-Quran adalah: {Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan}, [Surah al-Nahl: 90 sehingga akhir ayat]. Ayat yang paling ringan di dalam al-Quran adalah: {Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya} [Surah al-Zalzalah: 7-8]. Dan ayat yang paling memberi harapan di dalam al-Quran adalah: {Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah} [Surah al-Zumar: 53].

Sahabat Perawi

  1. Abulllah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1570 - 1751, hadis no. 7950. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: أعظم آية في القرآن: {الله لا إله إلا هو الحي القيوم}. وأعدل آية في القرآن: {إن الله يأمر بالعدل والإحسان} [النحل: 90] إلى آخرها. وأخف آية في القرآن: {فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره. ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره} [الزلزلة: 7-8]. وأرجى آية في القرآن: {قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله} [الزمر: 53]. [ابن مردويه، الشيرازي، والهروي في ((فضائله))، ((الضعيفة)) (7025)].

(Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: baginda SAW bersabda: Ayat yang paling agung di dalam al-Quran adalah: {Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal} [Surah al-Baqarah: 255] dan ayat yang paling adil di dalam al-Quran adalah: {Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan}, [Surah al-Nahl: 90 sehingga akhir ayat]. Ayat yang paling ringan di dalam al-Quran adalah: {Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya}. [Surah al-Zalzalah: 7-8]. Dan ayat yang paling memberi harapan di dalam al-Quran adalah: {Katakanlah (wahai Muhammad)Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah}, [Surah al-Zumar: 53]. [Riwayat Ibn Mardawaih, al-Shairazi, al-Harawi dalam Kitab Fada'ilihi, lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7025].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.