Ayat ini ‘Wahai Rasul, telah sampai apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu..} pada hari Ghadir Khum

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نزلت هذه الآية: ﴿يا أيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك﴾، يوم غدير (خم) في علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ayat ini {Wahai Rasul, telah sampai apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu} (Surah al-Ma’idah: 67) diturunkan pada Hari Ghadir Khum (hari yang didakwa Nabi SAW menobatkan ‘Ali sebagai pemimpin di Ghadir Khum iaitu satu tempat antara Mekah dan Madinah) kepada Nabi berkenaan ‘Ali bin Abi Talib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 493, hadis nombor 2652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-، قال: ((نزلت هذه الآية: ﴿يا أيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك﴾، يوم غدير (خم) في علي بن أبي طالب)). [الواحدي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4922)].

(Palsu)
Daripada Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata: Ayat ini {Wahai Rasul, telah sampai apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu} (Surah al-Ma’idah: 67) diturunkan pada Hari Ghadir Khum (hari yang didakwa Nabi SAW menobatkan ‘Ali sebagai pemimpin di Ghadir Khum iaitu satu tempat antara Mekah dan Madinah) kepada Nabi berkenaan ‘Ali bin Abi Talib.
[Riwayat al-Wahidi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4922].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.