Ayat ini telah turun: {Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu}

TEKS BAHASA ARAB

نزلت هذه الآية: ((يأيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك))، يوم غدير (خم) في علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ayat ini telah turun: {Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu}, pada hari al-Ghadir (Khom) kepada ‘Ali bin ‘Abi Talib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1877, hadis nombor 9464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-، قال: نزلت هذه الآية: ((يأيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك))، يوم غدير (خم) في علي بن أبي طالب. [الواحدي، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (4922)].

(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, katanya: “Ayat ini telah turun: {Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu}, pada hari al-Ghadir (Khom) kepada ‘Ali bin ‘Abi Talib." [Riwayat al-Wahidi dan Ibn ‘Asakir. Liaht Silsilah al-Da’ifah, no. 4922]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs