Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نزلت هذه الآية: ((يأيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك))، يوم غدير (خم) في علي بن أبي طالب.
Teks Bahasa Melayu
Ayat ini telah turun: {Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu}, pada hari al-Ghadir (Khom) kepada ‘Ali bin ‘Abi Talib.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1877, hadis no. 9464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-، قال: نزلت هذه الآية: ((يأيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك))، يوم غدير (خم) في علي بن أبي طالب. [الواحدي، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (4922)].
(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, katanya: “Ayat ini telah turun: {Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu}, pada hari al-Ghadir (Khom) kepada ‘Ali bin ‘Abi Talib." [Riwayat al-Wahidi dan Ibn ‘Asakir. Liaht Silsilah al-Da’ifah, no. 4922]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman