Ayat ini telah diturunkan kepada Rasulullah: {Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasul-Nya…}

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نزلت هذه الآية على رسول الله: ((إنما وليكم الله ورسوله والذين ءامنوا الذين يقيمون الصلوة ويؤتون الزكوة وهم ركعون))، فخرج رسول الله ودخل المسجد؛ والناس يصلون بين راكع وقائم يصلي؛ فإذا سائل، قال: ((يا سائل! أعطاك أحد شيئا؟)) فقال: لا؛ إلا هذا الراكع – لعلي – أعطاني خاتما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ayat ini telah diturunkan kepada Rasulullah: {Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk}. Baginda pun keluar dari rumahnya dan masuk ke dalam masjid; dan manusia sedang menunaikan solat, ada yang sedang rukuk dan ada yang sedang berdiri (menunaikan solat). Baginda menemui seorang peminta sedekah lalu baginda bertanya: “Wahai peminta sedekah! Ada tak seseorang yang telah berikan engkau sesuatu?” Dia menjawab: “Tidak, kecuali orang yang sedang rukuk ini – iaitu ‘Ali – dia memberikan aku cincin."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1877, hadis nombor 9463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن علي – رضي الله عنه-، قال: نزلت هذه الآية على رسول الله: ((إنما وليكم الله ورسوله والذين ءامنوا الذين يقيمون الصلوة ويؤتون الزكوة وهم ركعون))، فخرج رسول الله ودخل المسجد؛ والناس يصلون بين راكع وقائم يصلي؛ فإذا سائل، قال: ((يا سائل! أعطاك أحد شيئا؟)) فقال: لا؛ إلا هذا الراكع – لعلي – أعطاني خاتما. [الحاكم في «علوم الحديث»، ابن عساکر، «الضعيفة، (٤٩٢١)]

(Munkar) Daripada ‘Ali RA, berkata: “Ayat ini telah diturunkan kepada Rasulullah: {Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk}. Baginda pun keluar dari rumahnya dan masuk ke dalam masjid; dan manusia sedang menunaikan solat, ada yang sedang rukuk dan ada yang sedang berdiri (menunaikan solat). Baginda menemui seorang peminta sedekah lalu baginda bertanya: “Wahai peminta sedekah! Ada tak seseorang yang telah berikan engkau sesuatu?” Dia menjawab: “Tidak, kecuali orang yang sedang rukuk ini – iaitu ‘Ali – dia memberikan aku cincin." [Riwayat al-Hakim di dalam ‘Ulum al-Hadith dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4921]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.