Ayat-ayat (tanda-tanda) yang muncul setelah tahun ke-200

TEKS BAHASA ARAB

 الآيَاتُ بَعْدَ الْمِئَتَينِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ayat-ayat (tanda-tanda) yang muncul setelah tahun ke-200.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang kesemuanya palsu. Antara contoh lain telah kami huraikan sebelum ini.
Seperti hadis:
إَذَا كَانَتْ سَنَةُ كَذَا وَكَذَا حَلَّ كَذَا وَكَذَا
“Jika tahun sekian dan sekian maka akan terjadi peristiwa demikian dan demikian.”

… Hadis lain:
الآيَاتُ بَعْدَ الْمِئَتَينِ
“Ayat-ayat (tanda-tanda) yang muncul setelah tahun ke-200”
—————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh al-‘Uqaili di dalam adh-Dhu’afa (3/329) dan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/474) dengan penetapan hadis ini maudhu’ (palsu). Imam az-Zahabi turut menukilkan hadis ini di dalam al-Mizan (3/306). Lihat: al-Lali’ al-Masnu’ah (2/394).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon