Ayam umpama kambing bagi orang-orang fakir dalam kalangan umatku. Manakala hari Jumaat umpama haji bagi orang-orang fakir (umatku)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الدجاج غنم فقراء أمتي، والجمعة حج فقرائها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ayam umpama kambing bagi orang-orang fakir dalam kalangan umatku. Manakala hari Jumaat umpama haji bagi orang-orang fakir (umatku).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 590, hadis nombor 3031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر –رضي الله عنهما– مرفوعا: ((‌الدجاج غنم فقراء أمتي، والجمعة حج فقرائها)). [ابن حبان في ((المجروحين))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (192)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Ayam umpama kambing bagi orang-orang fakir dalam kalangan umatku. Manakala hari Jumaat umpama haji bagi orang-orang fakir (umatku). [Riwayat Ibn Hibban dalam kitab al-Majruhin, Riwayat Ibn al-Jauzi dalam kitab al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 192].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.