Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدَّجّاجُ غَنَمُ فُقَرَاءِ أُمَّتِي، وَالْجُمُعَةُ حَجُّ فُقَرَائِهَا.
Teks Bahasa Melayu
Ayam umpama kambing bagi orang-orang fakir dalam kalangan umatku. Manakala hari Jumaat umpama haji bagi orang-orang fakir (umatku).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 590, hadis no. 3031.
(موضوع) عن ابن عمر –رضي الله عنهما– مرفوعا: ((الدجاج غنم فقراء أمتي، والجمعة حج فقرائها)). [ابن حبان في ((المجروحين))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (192)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Ayam umpama kambing bagi orang-orang fakir dalam kalangan umatku. Manakala hari Jumaat umpama haji bagi orang-orang fakir (umatku). [Riwayat Ibn Hibban dalam kitab al-Majruhin, Riwayat Ibn al-Jauzi dalam kitab al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 192].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman