TEKS BAHASA ARAB
حديث: الديك الأبيض صديقي وصديق صديقي، وعدو عدو الله وكان رسول الله يبيته معه في البيت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Ayam jantan putih adalah kawanku dan kawan kepada kawanku, juga musuh kepada musuh Allah. Justeru, Nabi menempatkannya tinggal di dalam rumahnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 83, hadis nombor 206. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أورده ابن الجوزي وغيره في الموضوعات، وتبعه السيوطي في مختصره، والعجب له في كيف أورده في جامعه، بل العجب من بغض شراحه حيث ادعى صحته.
Ibn al-Jauzi memasukkanya di dalam al-Maudhu’at dan diikuti oleh al-Suyuti dalam Mukhtasar beliau. Peliknya, bagaimana al-Suyuti boleh memasukkanya dalam Jami’ beliau. Bahkan bertambah pelik lagi apabila sebahagian yang mensyarahkannya mendakwa ia sahih.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.