Ayam jantan putih adalah kawanku dan kawan kepada kawanku

TEKS BAHASA ARAB

الديك الأبيض صديقي، وصديق صديقي، وعدو عدو الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ayam jantan putih ialah kawanku dan kawan kepada kawanku, juga musuh kepada musuh Allah.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 38, hadis nombor 190. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Penulis (al-Suyuti) membawakan beberapa sanad dan lafaz bagi hadith ini yang kesemuanya adalah batil sebagaimana dia telah khususkan dalam buku kecil secara khusus yang dia namakan dengan al-Wadik.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs