TEKS BAHASA ARAB
حديث: الدجاج غنم فقراء أمتي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Ayam adalah kambing bagi kalangan fakir miskin umatku.
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 80, hadis nombor 195. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بصحيح، بل قال ابن قيم الجوزية: ليس في أحاديث اتخاذ الدجاج حديث صحيح.
Ia tidak sahih. Bahkan Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Tidak ada satu pun hadith sahih berkenaan memelihara ayam.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.