Classification icon

Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Ayam adalah kambing bagi kalangan fakir

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: الدَّجَاج غنم فُقَرَاء أمتِي.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Ayam adalah kambing bagi kalangan fakir miskin umatku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 80, hadis no. 195. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بصحيح، بل قال ابن قيم الجوزية: ليس في أحاديث اتخاذ الدجاج حديث صحيح.

Ia tidak sahih. Bahkan Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: Tidak ada satu pun hadis sahih berkenaan memelihara ayam.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.