Tidak akan berlaku kiamat hinggalah si anak menjadi pemarah

TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى يكون الولد غيظا، والمطر قيظا، وتفيض اللئام فيضا، ويغيض الكرام غيضا، ويجترئ الصغير على الكبير، واللئيم على الكريم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan berlaku kiamat hinggalah si anak menjadi pemarah, musim hujan menjadi sangat panas (kemarau), orang yang mencela benar-benar ramai, orang yang mulia benar-benar berkurangan, orang muda tidak menghormati orang tua dan celaan terhadap orang yang mulia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 819, hadis nombor 4216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم الضراب قالت: توفي أبي، وتركني وأخا لي، ولم يدع لنا مالا، فقدم عمي من المدينة، وأخرجنا إلى عائشة، فأدخلني معها في الخدر؛ لأني كنت جارية، ولم يدخل الغلام، فشكا عمي إليها حاجته، فأمرت لنا فريضتين وغرارتين، ومقعدين وحسل (كذا، ولعله: حلس)، ثم قالت: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((لا تقوم الساعة حتى يكون الولد غيظا، والمطر قيظا، وتفيض اللئام فيضا، ويغيض الكرام غيضا، ويجترئ الصغير على الكبير، واللئيم على الكريم)).
[طس، ((الضعيفة)) (6160)]

(Lemah) Daripada Ummi al-Darrab, katanya: Ayahku telah meninggal dunia dan dia meninggalkan kepadaku seorang adik lelaki, dia tidak meninggalkan apa-apa harta pun kepada kami. Lalu bapa saudaraku datang daripada Madinah, kami berdua pun keluar bertemu ‘Aishah, dia masukkan aku dalam ruangan khusus untuk wanita kerana aku ketika itu masih sebagai hamba perempuan, hamba lelaki tidak dibenarkan masuk. Lalu bapa saudaraku pun mengadu kepada ‘Aishah hajatnya, lalu ‘Aishah pun menyuruh untuk kami diberikan dua ekor binatang zakat, dua karung (harta), dua tempat duduk dan pokok bidara (demikian, boleh jadi ia adalah: alas yang diletakkan di atas binatang tunggangan), kemudian ‘Aishah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berlaku kiamat hinggalah si anak menjadi pemarah, musim hujan menjadi sangat panas (kemarau), orang yang mencela benar-benar ramai, orang yang mulia benar-benar berkurangan, orang muda tidak menghormati orang tua dan celaan terhadap orang yang mulia.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6160]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs