Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Awasilah kamu akan tangisan anak yatim. Kerana sesungguhnya ia berjalan pada waktu malam dalam keadaan orang ramai sedang tidur

Teks Bahasa Arab

إيَّاكُم وبُكاءَ اليتيمِ؛ فإنه يَسْرِي في الليلِ والناسُ نِيَامٌ.

Teks Bahasa Melayu

Awasilah kamu akan tangisan anak yatim. Kerana sesungguhnya ia berjalan pada waktu malam dalam keadaan orang ramai sedang tidur.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 53, hadis no. 224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إياكم وبكاء اليتيم؛ فإنه يسري في الليل والناس نيام)). [الأصبهاني، (الضعيفة)) (3284)].

(Terlalu Daif) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Awasilah kamu akan tangisan anak yatim. Kerana sesungguhnya ia berjalan pada waktu malam dalam keadaan orang ramai sedang tidur.)) [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3284].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.