Awan sentiasa memayungi Nabi SAW.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الغمام كان يظل النبي ﷺ دائما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Awan sentiasa memayungi Nabi SAW.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فمن الموضوعات ما قال ابن تيمية: مثل نقل كثير من العامة أن الغمام كان يظل النبي ﷺ دائما.
قال: وهذا لا يوجد في شيء من كتب / المسلمين، بل هو كذب عندهم.
إنما نقل أن الغمامة أظلته لما كان صغيرا وقدم مع عمه إلى الشام تاجرا ورأى بحيرا الراهب .

Antara hadith palsu yang telah Ibn Taimiyyah beritahu adalah sama seperti kebanyakan orang awam bercerita, yang mana, dahulunya, awan sentiasa memayungi Nabi SAW.
Kata beliau, (hadis) ini tidak ada di dalam buku-buku orang-orang Islam. Bahkan, bagi mereka, ianya merupakan (hadis) palsu.
(Hadis) yang ada diriwayatkan hanyalah awan telah memayungi baginda SAW ketika baginda SAW kecil serta berjalan bersama bapa saudaranya ke Syam sebagai peniaga dan Buhayra, seorang paderi telah melihat (peristiwa tersebut).

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.