Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَاشُورَاءُ يَوْمُ التَّاسِعِ.
Teks Bahasa Melayu
Asyura adalah pada hari kesembilan.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 53, hadis no. 285. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Perkara yang diketahui bagi ahli ilmu bahawa ini adalah antara pendapat ganjil bagi Ibn 'Abbas dan salah seorang perawi pendusta telah meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW) kepada Nabi SAW.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman