Asqalan adalah salah satu daripada pengantin-pengantin

TEKS BAHASA ARAB

حديث: عسقلان أحد العروسين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Asqalan adalah salah satu daripada pengantin-pengantin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 119, hadis nombor 332. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره ابن الجوزي في الموضوعات، وقال ابن قيم الجوزية: كل حديث في مدح عسقلان وذمها كذب.

Ibn al-Jauzi menyebutkannya di dalam al-Maudhu’at.

Ibn Qayyim Al-Jauziyyah berkata: Semua hadith yang memuji Asqalan dan mencelanya adalah dusta.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs