Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Asqalan adalah salah satu daripada pengantin-pengantin

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: عسقلان أحد العروسين.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Asqalan adalah salah satu daripada pengantin-pengantin.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 119, hadis no. 332. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره ابن الجوزي في الموضوعات، وقال ابن قيم الجوزية: كل حديث في مدح عسقلان وذمها كذب.

Ibn al-Jawzi menyebutkannya di dalam al-Maudhu’at. Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: Semua hadis yang memuji Asqalan dan mencelanya adalah dusta.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.