Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنها أتت النبي ﷺ وهو بين أصحابه فقالت: بأبي أنت وأمي يا رسول الله أنا وافدة النساء إليك واعلم نفسي لك الفداء أنه ما من امرأة كانت في شرق ولا غرب سمعت بمخرجي هذا أو لم تسمع إلا وهي على مثل رأيي: أن الله بعثك إلى الرجال والنساء كآفة، فآمنا بك وبإلهك وإنا معشر النساء محصورات مقصورات قواعد بيوتكم ومقضى شهواتكم وحاملات أولادكم وأنكم معاشر الرجال فضّلتم علينا بالجمع والجماعات وعيادة المرضى وشهود الجنائز والحج بعد الحج وأفضل من ذلك الجهاد في سبيل الله. وأن الرجل منكم إذا خرج حاجا أو معتمرا أو مرابطا، حفظنا لكم أموالكم وغزلنا لكم أثوابك وربينا لكم أولادكم. أفلا نشارككم في هذا الخير يا رسول الله؟ فالتفت النبي ﷺ إلى أصحابه بوجهه كله ثم قال: سمعتم مقالة امرأة قط أحسن من مسألتها عن أمر دينها من هذه؟ قالوا: يا رسول الله! ما ظننا أن امرأة تهتدي إلى مثل هذا فالتفت النبي ﷺ ثم قال: انصرفي أيتها المرأة وأعلمي من وراءك من النساء أن حسن تبعّل إحداكنّ لزوجها وطلبها مرضاته واتّباعها موافقته يعدل ذلك كله. قال: فأدبرت المرأة تهلل وتكبر استبشارا.
Teks Bahasa Melayu
Asma’ binti Yazid al-Ansariyah RA telah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersama para sahabatnya, lalu dia berkata: Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah! Aku ialah utusan wanita kepadamu. Dan ketahuilah diriku menjadi tebusan buatmu bahawa tiada seorang wanita pun samada di timur atau di barat yang mengetahui atau tidak akan perbuatanku ini, kecuali dia juga mempunyai pandangan yang sama dengan diriku. Allah SWT telah mengutuskan dirimu kepada lelaki dan wanita secara keseluruhannya. Maka kami beriman kepadamu dan Tuhanmu. Dan kami golongan wanita terkepung, tertutup, sentiasa melazimi rumah kalian, tempat kalian melampiaskan nafsu, tempat mengandungkan anak-anak kalian. Dan kalian orang lelaki mendapat kelebihan berbanding kami dengan solat Jumaat dan solat berjemaah, menziarahi orang sakit dan menziarahi jenazah, melakukan ibadah haji selepas haji dan yang lebih baik daripada itu ialah berjihad di jalan Allah. Dan salah seorang lelaki di kalangan kamu apabila keluar mengerjakan haji atau umrah atau berkawal menjaga sempadan, maka kamilah yang menjaga harta kamu, yang menjahit pakaian kalian dan mengasuh anak-anak kalian. Adakah kami tidak boleh menyertai kalian dalam kebaikan ini wahai Rasulullah? Nabi SAW berpaling kepada sahabat-sahabatnya dengan wajahnya keseluruhan kemudian bersabda: Adakah kalian pernah mendengar ucapan seorang wanita tentang permasalahan agamanya yang lebih baik daripada ini? Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak menyangkakan bahawa para wanita boleh melakukan perkara-perkara seperti ini. Nabi SAW berpaling kemudian bersabda: Bersurailah wahai perempuan dan beritahulah kepada wanita-wanita yang lain bahawa layanan yang baik terhadap suaminya serta mencari keredhaan suami serta menurutinya dalam setiap keputusannya adalah menyamai pahala seluruh perbuatan tersebut. Maka wanita itu pun pulang dalam keadaan bertakbir dan bertahlil membawa khabar gembira.
Sahabat Perawi
- Asma' binti Yazid al-Ansariyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1020-1021, hadis no. 5247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أسماء بنت يزيد الأنصارية رضي الله عنها من بني عبد الأشهل: أنها أتت النبي ﷺ وهو بين أصحابه فقالت: بأبي أنت وأمي يا رسول الله أنا وافدة النساء إليك واعلم نفسي لك الفداء أنه ما من امرأة كانت في شرق ولا غرب سمعت بمخرجي هذا أو لم تسمع إلا وهي على مثل رأيي: أن الله بعثك إلى الرجال والنساء كآفة، فآمنا بك وبإلهك وإنا معشر النساء محصورات مقصورات قواعد بيوتكم ومقضى شهواتكم وحاملات أولادكم وأنكم معاشر الرجال فضّلتم علينا بالجمع والجماعات وعيادة المرضى وشهود الجنائز والحج بعد الحج وأفضل من ذلك الجهاد في سبيل الله. وأن الرجل منكم إذا خرج حاجا أو معتمرا أو مرابطا، حفظنا لكم أموالكم وغزلنا لكم أثوابك وربينا لكم أولادكم. أفلا نشارككم في هذا الخير يا رسول الله؟ فالتفت النبي ﷺ إلى أصحابه بوجهه كله ثم قال: سمعتم مقالة امرأة قط أحسن من مسألتها عن أمر دينها من هذه؟ قالوا: يا رسول الله! ما ظننا أن امرأة تهتدي إلى مثل هذا فالتفت النبي ﷺ ثم قال: انصرفي أيتها المرأة وأعلمي من وراءك من النساء أن حسن تبعّل إحداكنّ لزوجها وطلبها مرضاته واتّباعها موافقته يعدل ذلك كله. قال: فأدبرت المرأة تهلل وتكبر استبشارا. [ابن عساكر, الضعيفة (6242)]
(Lemah) Daripada Asma’ binti Yazid al-Ansariyah RA daripada Bani Abd al-Asyhal, beliau telah pergi menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersama para sahabatnya, lalu dia berkata:Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah! Aku ialah utusan wanita kepadamu. Dan ketahuilah diriku menjadi tebusan buatmu bahawa tiada seorang wanita pun samada di timur atau di barat yang mengetahui atau tidak akan perbuatanku ini, kecuali dia juga mempunyai pandangan yang sama dengan diriku. Allah SWT telah mengutuskan dirimu kepada lelaki dan wanita secara keseluruhannya. Maka kami beriman kepadamu dan Tuhanmu. Dan kami golongan wanita terkepung, tertutup, sentiasa melazimi rumah kalian, tempat kalian melampiaskan nafsu, tempat mengandungkan anak-anak kalian. Dan kalian orang lelaki mendapat kelebihan berbanding kami dengan solat Jumaat dan solat berjemaah, menziarahi orang sakit dan menziarahi jenazah, melakukan ibadah haji selepas haji dan yang lebih baik daripada itu ialah berjihad di jalan Allah. Dan salah seorang lelaki di kalangan kamu apabila keluar mengerjakan haji atau umrah atau berkawal menjaga sempadan, maka kamilah yang menjaga harta kamu, yang menjahit pakaian kalian dan mengasuh anak-anak kalian. Adakah kami tidak boleh menyertai kalian dalam kebaikan ini wahai Rasulullah? Nabi SAW berpaling kepada sahabat-sahabatnya dengan wajahnya keseluruhan kemudian bersabda: Adakah kalian pernah mendengar ucapan seorang wanita tentang permasalahan agamanya yang lebih baik daripada ini? Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak menyangkakan bahawa para wanita boleh melakukan perkara-perkara seperti ini. Nabi SAW berpaling kemudian bersabda: Bersurailah wahai perempuan dan beritahulah kepada wanita-wanita yang lain bahawa layanan yang baik terhadap suaminya serta mencari keredhaan suami serta menurutinya dalam setiap keputusannya adalah menyamai pahala seluruh perbuatan tersebut. Maka wanita itu pun pulang dalam keadaan bertakbir dan bertahlil membawa khabar gembira. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no: 6242]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman