TEKS BAHASA ARAB
سعة في الرزق، وردع سنة الشيطان؛ الوضوء قبل الطعام وبعده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Asbab keluasan pada rezeki, dan penghalang jalan syaitan, (adalah dengan) berwuduk sebelum makan dan sesudahnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 66, hadis nombor 304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس ابن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((سعة في الرزق، وردع سنة الشيطان؛ الوضوء قبل الطعام وبعده)).
[فر، ((الضعيفة)) (3700)]
(Palsu)
Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘:
“Asbab keluasan pada rezeki, dan penghalang jalan syaitan, (adalah dengan) berwuduk sebelum makan dan sesudahnya.”
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad Al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3700)].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.