Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Asbab keluasan pada rezeki dan penghalang jalan syaitan

Teks Bahasa Arab

سعةٌ في الرزقِ، وردعُ سنةِ الشيطانِ؛ الوضوءُ قبلَ الطعامِ وبعدَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Asbab keluasan pada rezeki, dan penghalang jalan syaitan, (adalah dengan) berwuduk sebelum makan dan sesudahnya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 66, hadis no. 304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس ابن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((سعة ‌في ‌الرزق، ‌وردع ‌سنة ‌الشيطان؛ ‌الوضوء ‌قبل ‌الطعام ‌وبعده)). [فر، ((الضعيفة)) (3700)]

(Palsu) Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘: “Asbab keluasan pada rezeki, dan penghalang jalan syaitan, (adalah dengan) berwuduk sebelum makan dan sesudahnya.” [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad Al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3700)].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.