Arasy bergoncangan kerana kematian Sa’d bin Muaz

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اهتزّ العرش لموت سعد بن معاذ حتى تخلعت أعواده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Arasy bergoncangan kerana kematian Sa’d bin Muaz sehingga tercabut tiang-tiangnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1810, hadis nombor 9126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه- مرفوعا: اهتز العرش لموت سعد بن معاذ حتى تخلعت أعواده. [ عق، ((الضعيفة))(2484)]

(Sangat Lemah) Daripada Sa’d bin Abi Waqqas RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Arasy bergoncangan kerana kematian Sa’d bin Muaz sehingga tercabut tiang-tiangnya." [Riwayat al-’Uqayli dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah no.2484]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.