Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اهتزَّ العرشُ لموتِ سعدِ بنِ معاذٍ حتى تخلَّعَت أعوادُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Arasy bergoncangan kerana kematian Sa’d bin Muaz sehingga tercabut tiang-tiangnya.
Sahabat Perawi
- Sa’ad bin Abi Waqqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1810, hadis no. 9126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه- مرفوعا: اهتز العرش لموت سعد بن معاذ حتى تخلعت أعواده. [ عق، ((الضعيفة))(2484)]
(Sangat Lemah) Daripada Sa’d bin Abi Waqqas RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Arasy bergoncangan kerana kematian Sa’d bin Muaz sehingga tercabut tiang-tiangnya." [Riwayat al-’Uqayli dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah no.2484]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman