Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حُرِّمَتِ الخمرُ لعينِها قليلُها وَكَثيرُها ، والسُّكرُ من كلِّ شرابٍ.
Teks Bahasa Melayu
Arak itu diharamkan secara zat, tidak kisah sedikit atau banyak, dan kemabukan dari setiap tegukan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 771, hadis no. 3943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((حرمت الخمر لعينها قليلها وكثيرها، والسكر من كل شراب)). [عق، ((الضعيفة)) (1220)].
(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’: “Arak itu diharamkan secara zat, tidak kisah sedikit atau banyak, dan kemabukan dari setiap tegukan.” [Riwayat Al-Uqaili dalam al-Dhu'afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1220].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman