Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Api tidak akan merawat seseorang pun

Teks Bahasa Arab

لا تُشْفِي النارُ أَحَدًا.

Teks Bahasa Melayu

Api tidak akan merawat seseorang pun.

Sahabat Perawi

  1. Salamah bin al-Akwa’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 710, hadis no. 3630. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لا تشفي النار أحدا. [طس، ((الضعيفة)) (6557)].

(Sangat Munkar) Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Api tidak akan merawat seseorang pun. [Riwayat al-Thabrani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6557].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.