Api neraka dinyalakan 1000 tahun sehingga menjadi merah membara

TEKS BAHASA ARAB

أوقد على النار ألف سنة حتى احمرت، ثم أوقد عليها ألف سنة حتى ‌ابيضت، ثم أوقد عليها ألف سنة حتى اسودت، فهي سوداء مظلمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Api neraka dinyalakan 1000 tahun sehingga menjadi merah membara, kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga menjadi putih, kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga menjadi hitam legam, dan ia adalah hitam yang sangat gelap.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 648 – 649 , hadis nombor 3357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((أوقد على النار ألف سنة حتى احمرت، ثم أوقد عليها ألف سنة حتى ‌ابيضت، ثم أوقد عليها ألف سنة حتى اسودت، فهي سوداء مظلمة)). [ت، ه، ابن أبي الدنيا في ((صفة النار))، ((الضعيفة)) (1305)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW berkata: “Api neraka dinyalakan 1000 tahun sehingga menjadi merah membara, kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga menjadi putih, kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga menjadi hitam legam, dan ia adalah hitam yang sangat gelap.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Majah dalam al-Sunan dan Ibn Abi al-Dunya dalam Sifat al-Nar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1305]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs