Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Api akan dihantar kepada penduduk Timur dan dihimpunkan ke Barat

Teks Bahasa Arab

تُبعثُ نارٌ على أهلِ المشرقِ، فتَحشرُهم إلى المغربِ، تَبيتُ معَهم حيثُ باتوا، وتُقيلُ معهم حيث قالوا، يكونُ لها ما سَقَطَ منها وتَخَلَّفَ، تَسوقُهمْ سَوْقَ الجملِ الكسيرِ.

Teks Bahasa Melayu

Api akan dihantar kepada penduduk Timur, kemudian api itu menghimpunkan mereka ke Barat. Ia bermalam bersama mereka di mana sahaja mereka bermalam dan ia tidur siang bersama mereka di mana sahaja mereka tidur siang. Apa sahaja yang jatuh atau tertinggal akan dibakarnya, api itu menghalau mereka seperti menghalau unta yang patah kaki.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1390, hadis no. 7058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: تبعث نار على أهل المشرق، فتحشرهم إلى المغرب، تبيت معهم حيث باتوا، وتقيل معهم حيث قالوا، يكون لها ما سقط منها وتخلف؛ تسوقهم سوق الجمل الكسير. [طس ((الضعيفة)) (6915)]

(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Api akan dihantar kepada penduduk Timur, kemudian api itu menghimpunkan mereka ke Barat. Ia bermalam bersama mereka di mana sahaja mereka bermalam dan ia tidur siang bersama mereka di mana sahaja mereka tidur siang. Apa sahaja yang jatuh atau tertinggal akan dibakarnya, api itu menghalau mereka seperti menghalau unta yang patah kaki. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6915]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.