Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apapun jua yang didatangkan kepada kalian daripada kitabullah

Teks Bahasa Arab

مَهْما أُوتيتُم مِنْ كتابِ اللهِ؛ فالعمَلُ بِهِ لَا عُذرَ لأحدِكُمْ فِي تَرْكِهِ، فإِنْ لم يَكُنْ فِي كتابِ اللهِ؛ فسُنَّةٌ منِّي ماضِيَةٌ، فإِنْ لم يكنْ سنَّةٌ منِّي ماضيَةٌ؛ فما قال أصحابِي، إِنَّ أصحابِي بمنزِلَةِ النجومِ في السماءِ، فأيُّها أخذتُم بِهِ؛ اهتَدَيْتُم، واختلافُ أصحابِي لكُم رحمةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Apapun jua yang didatangkan kepada kalian daripada kitabullah, amal dengannya (paling utama), tiada alasan bagi seseorang untuk meninggalkannya. Jika tiada dalam kitabullah, maka (rujuki) sunnahku yang telah berlalu. Sekiranya tidak ada sunnahku yang telah lampau, maka (rujuki) apa yang para sahabatku katakan, kerana sesungguhnya para sahabatku mempunyai kedudukan (umpama) bintang-bintang di langit, apa pun yang engkau ambil dari (para sahabat), engkau mendapat petunjuk, dan perbezaan pandangan para sahabatku untuk kalian adalah sebuah rahmat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis no. 5906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((مهما أوتيتم من كتاب الله؛ فالعمل به لا عذر لأحدكم في تركه، فإن لم يكن في كتاب الله؛ فسنة مني ماضية، فإن لم يكن سنة مني ماضية؛ فما قال أصحابي، إن أصحابي بمنزلة النجوم في السماء، فأيها أخذتم به؛ اهتديتم، واختلاف أصحابي لكم رحمة)). [الخطيب في ((الكفاية))، الأصم في ((حديثه))، البيهقي في ((المدخل))، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (59)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apapun jua yang didatangkan kepada kalian daripada kitabullah, amal dengannya (paling utama), tiada alasan bagi seseorang untuk meninggalkannya. Jika tiada dalam kitabullah, maka (rujuki) sunnahku yang telah berlalu. Sekiranya tidak ada sunnahku yang telah lampau, maka (rujuki) apa yang para sahabatku katakan, kerana sesungguhnya para sahabatku mempunyai kedudukan (umpama) bintang-bintang di langit, apa pun yang engkau ambil dari (para sahabat), engkau mendapat petunjuk, dan perbezaan pandangan para sahabatku untuk kalian adalah sebuah rahmat. [Riwayat al-Khatib dalam Kifayah, al-Asam dalam Hadisnya, al-Baihaqi dalam al-Madkhal, al-Dailami dalam al-Firdaus, dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 59].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.