Apalah keadaannya orang yang dibacakan ayat Allah kepada mereka, namun mereka tidak tahu apa yang dibaca daripada apa yang ditinggalkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما بال أقوام يتلى عليهم كتاب الله؛ فلا يدرون ما يتلى مما ترك؟! هكذا خرجت عظمة الله من قلوب بني إسرائيل؛ فشهدت أبدانهم، وغابت قلوبهم، ولا يقبل الله من عبد عملًا حتى يشهد بقلبه مع بدنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apalah keadaannya orang yang dibacakan ayat Allah kepada mereka, namun mereka tidak tahu apa yang dibaca daripada apa yang ditinggalkan. Demikianlah hilangnya keagungan Allah dari jiwa Bani Israel. Tubuh badan mereka memberi penyaksian, namun hati mereka lenyap. Sedangkan Allah tidak menerima sesuatu amalan daripada seorang hamba sehinggalah dia mempersaksikan dengan hatinya bersama tubuh badannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 310, hadis nombor 1634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن أبي دهرش قال: بلغني أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – صلى صلاة جهر فيها بالقراءة، فلما فرغ من صلاته قال: "يا فلان! هل أسقطت من هذه السورة شيئًا؟ " قال: لا أدري يا رسول الله! قال: فسأل آخر؟ فقال: لا أدري يا رسول الله! قال: "هل فيكم أبي؟ ". قالوا: نعم يا رسول الله! قال: "يا أبي! هل أسقطت من هذه السورة من شيء؟ ". قال: نعم يا رسول الله! آية كذا وكذا. فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما بال أقوام يتلى عليهم كتاب الله؛ فلا يدرون ما يتلى مما ترك؟! هكذا خرجت عظمة الله من قلوب بني إسرائيل؛ فشهدت أبدانهم، وغابت قلوبهم، ولا يقبل الله من عبد عملًا حتى يشهد بقلبه مع بدنه)). [ابن نصر في (( كتاب الصلاة))، ((الضعيفة)) (5050)].

(Lemah) Daripada ‘Uthman bin Abi Dahrash, dia berkata: Saya diberitahu bahawa Rasulullah ﷺ mengimamkan solat yang baginda nyaringkan bacaan padanya. Sebaik sahaja selesai solat, baginda bertanya, “Wahai polan, adakah aku telah tertinggal apa-apa ayat daripada surah ini?” Dia berkata: “Aku tidak tahu, wahai Rasulullah!” Lalu baginda bertanya orang lain, maka dia juga menjawab, “Aku tidak tahu, wahai Rasulullah!” Baginda berkata: “Adakah Ubay ada di sini?” Mereka berkata: “Ada, wahai Rasulullah!” Baginda bertanya: “Wahai Ubay, adakah aku telah tertinggal apa-apa ayat daripada surah ini?” Dia berkata: “Ada, wahai Rasulullah. Ayat sekian dan sekian.”
Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Apalah keadaannya orang yang dibacakan ayat Allah kepada mereka, namun mereka tidak tahu apa yang dibaca daripada apa yang ditinggalkan. Demikianlah hilangnya keagungan Allah dari jiwa Bani Israel. Tubuh badan mereka memberi penyaksian, namun hati mereka lenyap. Sedangkan Allah tidak menerima sesuatu amalan daripada seorang hamba sehinggalah dia mempersaksikan dengan hatinya bersama tubuh badannya.” [Riwayat Ibn Nasr dalam al-Salah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5050].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.