Apakah yang terbaik bagi kaum wanita?

TEKS BAHASA ARAB

((ما خير للنساء؟)). فلم ندر ما نقول. فسار علي إلى فاطمة، فأخبرها بذلك، فقالت: فهلا قلت له: خير لهن أن لا يرين الرجال ولا يرونهن..؟! فقال له: ((من علمك هذا؟)) قال: فاطمة. قال: ((إنها بضعة مني)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Apakah yang terbaik bagi kaum wanita?” Maka kami tidak tahu untuk berkata apa. Kemudian ‘Ali pun pergi kepada Fatimah, dan dia memberitahu Fatimah tentang persoalan tersebut. Maka Fatimah menjawab: Mengapakah kamu tidak sahaja mengatakan kepada baginda: “Bahawa yang terbaik buat mereka adalah mereka tidak melihat orang lelaki dan orang lelaki tidak melihat kepada mereka”. Kemudian Nabi SAW bertanya kepada ‘Ali: “Siapakah yang mengajarkan kamu hal ini?” Beliau menjawab: Fatimah. Baginda berkata: “Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian dariku”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis nombor 1205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما خير للنساء؟)). فلم ندر ما نقول. فسار علي إلى فاطمة، فأخبرها بذلك، فقالت: فهلا قلت له: خير لهن أن لا يرين الرجال ولا يرونهن..؟! فقال له: ((من علمك هذا؟)) قال: فاطمة. قال: ((إنها بضعة مني)). [حل، ((الضعيفة)) (5743/م)]

(Lemah)
Daripada Anas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apakah yang terbaik bagi kaum wanita?” Maka kami tidak tahu untuk berkata apa. Kemudian ‘Ali pun pergi kepada Fatimah, dan dia memberitahu Fatimah tentang persoalan tersebut. Maka Fatimah menjawab: Mengapakah kamu tidak sahaja mengatakan kepada baginda: “Bahawa yang terbaik buat mereka adalah mereka tidak melihat orang lelaki dan orang lelaki tidak melihat kepada mereka”. Kemudian Nabi SAW bertanya kepada ‘Ali: “Siapakah yang mengajarkan kamu hal ini?” Beliau menjawab: Fatimah. Baginda berkata: “Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian dariku”.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5743/م]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs