Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
((مَا خَيْرٌ لِلنِّسَاءِ؟)). فَلَمْ نَدُرَ مَا نَقُول. فَسَارَ عَلِي إِلَى فَاطِمَةِ، فَأخبرهَا بِذَلِكَ، فَقَالَتْ: فَهَلَا قُلْتَ لَهُ: خَير لَهُنَّ أَنْ لَا يَرَيْنَ الرِّجَالَ وَلَا يَرَوْنَهُنَّ..؟! فَقَالَ لَهُ: ((مَنْ عَلَّمَكَ هَذَا؟)) قَالَ: فَاطِمَة. قَالَ: ((إِنَّهَا بَضْعَةٌ مِنِّي)).
Teks Bahasa Melayu
"Apakah yang terbaik bagi kaum wanita?" Maka kami tidak tahu untuk berkata apa. Kemudian ‘Ali pun pergi kepada Fatimah, dan dia memberitahu Fatimah tentang persoalan tersebut. Maka Fatimah menjawab: Mengapakah kamu tidak sahaja mengatakan kepada baginda: “Bahawa yang terbaik buat mereka adalah mereka tidak melihat orang lelaki dan orang lelaki tidak melihat kepada mereka”. Kemudian Nabi SAW bertanya kepada ‘Ali: "Siapakah yang mengajarkan kamu hal ini?" Beliau menjawab: Fatimah. Baginda berkata: "Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian dariku".
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis no. 1205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ما خير للنساء؟)). فلم ندر ما نقول. فسار علي إلى فاطمة، فأخبرها بذلك، فقالت: فهلا قلت له: خير لهن أن لا يرين الرجال ولا يرونهن..؟! فقال له: ((من علمك هذا؟)) قال: فاطمة. قال: ((إنها بضعة مني)). [حل، ((الضعيفة)) (5743/م)]
(Daif) Daripada Anas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Apakah yang terbaik bagi kaum wanita?" Maka kami tidak tahu untuk berkata apa. Kemudian ‘Ali pun pergi kepada Fatimah, dan dia memberitahu Fatimah tentang persoalan tersebut. Maka Fatimah menjawab : Mengapakah kamu tidak sahaja mengatakan kepada baginda: “Bahawa yang terbaik buat mereka adalah mereka tidak melihat orang lelaki dan orang lelaki tidak melihat kepada mereka”. Kemudian Nabi SAW bertanya kepada ‘Ali : "Siapakah yang mengajarkan kamu hal ini?" Beliau menjawab : Fatimah. Baginda berkata : "Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian dariku". [Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5743/م]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman