Apakah yang menyibukkan manusia pada hari kiamat?

TEKS BAHASA ARAB

يحشر الناس يوم القيامة عراة حفاة. فقالت أم سلمة: يا رسول الله! واسوأتاه! ينظر بعضنا إلى بعض؟! فقال: شغل الناس. قلت: ما شغلهم؟ قال: نشر الصحائف؛ فيها مثاقيل الذر ومثاقيل الخردل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang lagi berkaki ayam. Ummu Salamah pun bertanya: Wahai Rasulullah! Kedua kemaluannya, sebahagian kita akan melihat sebahagian yang lain? Baginda menjawab: Manusia disibukkan. Aku pun berkata: Apakah yang menyibukkan mereka? Baginda berkata:Terbukanya lembaran-lembaran, di dalamnya mengandungi amalan-amalan seberat zarah (habuk) dan seberat biji sawi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1357, hadis nombor 6924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يحشر الناس يوم القيامة عراة حفاة. فقالت أم سلمة: يا رسول الله! واسوأتاه! ينظر بعضنا إلى بعض؟! فقال: شغل الناس. قلت: ما شغلهم؟ قال: نشر الصحائف؛ فيها مثاقيل الذر ومثاقيل الخردل.
[ابن أبي الدنيا في ((الأهوال))، طس، ((الضعيفة)) (5318)]

(Munkar)
Daripada Ummi Salamah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang lagi berkaki ayam. Ummu Salamah pun bertanya: Wahai Rasulullah! Kedua kemaluannya, sebahagian kita akan melihat sebahagian yang lain? Baginda menjawab: Manusia disibukkan. Aku pun berkata: Apakah yang menyibukkan mereka? Baginda berkata:Terbukanya lembaran-lembaran, di dalamnya mengandungi amalan-amalan seberat zarah (habuk) dan seberat biji sawi.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Ahwal dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5318]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs