Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُحشَرُ النَّاسُ يومَ القيامَةِ عُراةً حُفاةً. فَقالت أُمُّ سَلمةَ: يا رَسولَ اللهِ، واسَوْأتاهُ! يَنظُرُ بَعضُنا إلى بَعضٍ؟! فَقال: شُغِلَ النَّاسُ! قُلتُ: ما شَغَلَهم؟ قال: نَشرُ الصَّحائفِ، فيها مَثاقيلُ الذَّرِّ ومَثاقيلُ الخَردلِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang lagi berkaki ayam. Ummu Salamah pun bertanya: Wahai Rasulullah! Kedua kemaluannya, sebahagian kita akan melihat sebahagian yang lain? Baginda menjawab: Manusia disibukkan. Aku pun berkata: Apakah yang menyibukkan mereka? Baginda berkata:Terbukanya lembaran-lembaran, di dalamnya mengandungi amalan-amalan seberat zarah (habuk) dan seberat biji sawi.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1357, hadis no. 6924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يحشر الناس يوم القيامة عراة حفاة. فقالت أم سلمة: يا رسول الله! واسوأتاه! ينظر بعضنا إلى بعض؟! فقال: شغل الناس. قلت: ما شغلهم؟ قال: نشر الصحائف؛ فيها مثاقيل الذر ومثاقيل الخردل. [ابن أبي الدنيا في ((الأهوال))، طس، ((الضعيفة)) (5318)]
(Munkar) Daripada Ummi Salamah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang lagi berkaki ayam. Ummu Salamah pun bertanya: Wahai Rasulullah! Kedua kemaluannya, sebahagian kita akan melihat sebahagian yang lain? Baginda menjawab: Manusia disibukkan. Aku pun berkata: Apakah yang menyibukkan mereka? Baginda berkata:Terbukanya lembaran-lembaran, di dalamnya mengandungi amalan-amalan seberat zarah (habuk) dan seberat biji sawi. [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Ahwal dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5318]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman