Apakah yang menyebabkan kamu bersegera ke kandang-kandang milik Yahudi?

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! ما بالكم أسرعتم في حظائر يهود! ألا لا تحل أموال المعاهدين إلا بحقها، وحرام عليكم حمر الأهلية والإنسية، وخيلها وبغالها، وكل ذي ناب من السباع، وكل ذي مخلب من الطير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Apakah yang menyebabkan kamu bersegera ke kandang-kandang milik Yahudi? Ingatlah! Tidak dihalalkan harta-harta kafir yang membuat perjanjian kecuali dengan haknya. Haram kepada kamu keldai-keldai yang jinak, kuda dan baghalnya serta semua binatang buas yang memiliki taring dan semua burung yang memiliki cakar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1273, hadis nombor 6518. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن المقدام بن معدي كرب رضي الله عنه قال: غزوت مع خالد بن الوليد الصائفة، فقرم أصحابي إلى اللحم، فقالوا: أتأذن أن نذبح رمكة له؟ قال: فحبلوها، فقلت: مكانكم حتى آتي خالد بن الوليد فأسأله عن ذلك، فأتيته فأخبرته خبر أصحابي، فقال: غزوت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم غزوة خيبر؛ فأسرع الناس في حظائر يهود، فقال: يا خالد! ناد في الناس: إن الصلاة جامعة، لا يدخل الجنة إلا مسلم، ففعلت فقام في الناس، فقال: يا أيها الناس! ما بالكم أسرعتم في حظائر يهود! ألا لا تحل أموال المعاهدين إلا بحقها، وحرام عليكم حمر الأهلية والإنسية، وخيلها وبغالها، وكل ذي ناب من السباع، وكل ذي مخلب من الطير.
[د، حم، ((الضعيفة)) (3902)]

(Lemah)
Daripada al-Miqdam bin Ma’di Karib RA, katanya: Aku pernah berperang bersama Khalid bin al-Walid pada musim panas, lalu beberapa sahabat kami sangat menginginkan daging, lalu mereka pun meminta kepadaku, kata mereka: Bolehkah kamu izinkan kami untuk kami menyembelih unta yang lemah? Al-Miqdam berkata: Mereka pun memerah susunya, aku berkata: Tunggu dulu hingga aku datang menemui Khalid bin al-Walid untuk bertanya beliau tentang perkara itu. Lalu aku pun pergi bertemu beliau seterusnya menceritakan kepadanya berita tentang para sahabatku. Khalid pun berkata: Sewaktu aku berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Khaibar, orang ramai bersegera ke kandang-kandang milik Yahudi, lalu baginda bersabda: Wahai Khalid! Beritahu orang ramai: Sesungguhnya solat berjemaah. Tidak akan masuk syurga kecuali orang muslim. Lalu aku pun melakukannya, baginda pun berdiri dalam kalangan orang ramai lantas bersabda: Wahai manusia! Apakah yang menyebabkan kamu bersegera ke kandang-kandang milik Yahudi? Ingatlah! Tidak dihalalkan harta-harta kafir yang membuat perjanjian kecuali dengan haknya. Haram kepada kamu keldai-keldai yang jinak, kuda dan baghalnya serta semua binatang buas yang memiliki taring dan semua burung yang memiliki cakar.
[Riwayat Abu Dawud dan Ahmad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3902]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs