Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apakah yang menghalang seseorang daripada kamu jika urusan kehidupannya terasa sukar untuk berkata ketika keluar dari rumahnya: Dengan nama Allah ke atas diriku

Teks Bahasa Arab

ما يمنَعُ أحدُكُم إذا عسُرَ عليهِ أمرُ معيشَتِهِ، أن يقولَ إذا خرَجَ من بيتِهِ: باسم اللَّهِ علَى نَفسي ومالي وديني، اللهُمَّ! رَضِّني بقضائكَ، وبارِك لي فيما قُدِّرَ لي، حتَّى لا أحِبَّ تعجيلَ ما أخَّرتَ ولا تأخيرَ ما عجَّلتَ.

Teks Bahasa Melayu

Apakah yang menghalang seseorang daripada kamu jika urusan kehidupannya terasa sukar untuk berkata ketika keluar dari rumahnya: Dengan nama Allah ke atas diriku, hartaku dan agamaku, Ya Allah engkau jadikanlah aku redha dengan segala ketentuanMu, berkatilah aku pada apa yang ditakdirkan untukku, sehingga aku tidak menyukai untuk mempercepatkan apa yang telah engkau lewatkan dan lewatkan apa yang telah engkau cepatkan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 634, hadis no. 3288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمرو - رَضِيَ اللَّه عَنْهُمَا - عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: ((ما يمنع أحدكم إذا ‌عسر ‌عليه أمر معيشته، أن يقول إذا خرج من بيته: بسم الله على نفسي ومالي وديني، اللهم! رَضِّني بقضائِك، وبارك لي فيما قُدِرَ لي، حتى لا أحب تعجيل ما أخَّرْتَ ولا تأخير ما عجَّلْتَ)). [ابن السني، عد، ((الضعيفة)) (6038)].

(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Amru RA daripada Nabi SAW bersabda: “Apakah yang menghalang seseorang daripada kamu jika urusan kehidupannya terasa sukar untuk berkata ketika keluar dari rumahnya: Dengan nama Allah ke atas diriku, hartaku dan agamaku, Ya Allah engkau jadikanlah aku redha dengan segala ketentuanMu, berkatilah aku pada apa yang ditakdirkan untukku, sehingga aku tidak menyukai untuk mempercepatkan apa yang telah engkau lewatkan dan lewatkan apa yang telah engkau cepatkan.” [Riwayat Ibn al-Sunni, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6038].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.