Apakah yang menghalang kamu dari berperang dalam kehangatan perang Jamal

TEKS BAHASA ARAB

ما منعك ألا تكون قاتلت عن صبرتك يوم الجمل؟ فقال: قال رسول الله ﷺ: يخرج قوم هلكى لا يفلحون قائدهم امرأة، قائدهم في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah yang menghalang kamu dari berperang dalam kehangatan perang Jamal? Dia menjawab: Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar satu kelompok yang tewas kerana pemimpin mereka ialah perempuan, pemimpin mereka di syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1790, hadis nombor 9019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي بكرة – رضي الله عنه -، قال: قيل له: ما منعك ألا تكون قاتلت عن صبرتك يوم الجمل؟ فقال: قال رسول الله ﷺ: «يخرج قوم هلكى لا يفلحون قائدهم امرأة، قائدهم في الجنة». [ابن الأعرابي في المعجم، «الضعيفة» (531)].

(Munkar) Daripada Abu Bakrah RA berkata: Ditanya kepadanya: "Apakah yang menghalang kamu dari berperang dalam kehangatan perang Jamal? Dia menjawab: Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar satu kelompok yang tewas kerana pemimpin mereka ialah perempuan, pemimpin mereka di syurga." [Riwayat Ibn al-‘Arabi dalam al-Mu’jam. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 531]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs