Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منعك أن لا تكون قاتلتَ عن نصرتِك يومَ الجملِ؟ فقال: قال رسول الله ﷺ: يخرجُ قومٌ هلكَى لا يُفلحون ، قائدُهم امرأةٌ ، قائدُهم في الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apakah yang menghalang kamu dari berperang dalam kehangatan perang Jamal? Dia menjawab: Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar satu kelompok yang tewas kerana pemimpin mereka ialah perempuan, pemimpin mereka di syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Bakrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1790, hadis no. 9019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي بكرة - رضي الله عنه -، قال: قيل له: ما منعك ألا تكون قاتلت عن صبرتك يوم الجمل؟ فقال: قال رسول الله ﷺ: «يخرج قوم هلكى لا يفلحون قائدهم امرأة، قائدهم في الجنة». [ابن الأعرابي في المعجم، «الضعيفة» (531)].
(Munkar) Daripada Abu Bakrah RA berkata: Ditanya kepadanya: "Apakah yang menghalang kamu dari berperang dalam kehangatan perang Jamal? Dia menjawab: Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar satu kelompok yang tewas kerana pemimpin mereka ialah perempuan, pemimpin mereka di syurga." [Riwayat Ibn al-‘Arabi dalam al-Mu’jam. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 531]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman