Apakah yang kamu lakukan pada hari yang manusia berdiri di hadapan Rabb sekalian alam

TEKS BAHASA ARAB

كيف أنت صانع في ((يوم يقوم الناس لرب العالمين)) مقدار ثلاث مئة سنة من أيام الدنيا، لا يأتيهم خبر من السماء، ولا يؤمر فيهم بأمر؟ قال بشير الغفاري: المستعان الله. قال: إذا أنت أويت إلى فراشك فتعوذ بالله من كرب يوم القيامة وسوء الحساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Apakah yang kamu lakukan pada hari yang manusia berdiri di hadapan Rabb sekalian alam selama 300 tahun daripada bilangan hari-hari dunia, tidak ada sebarang berita daripada langit datang kepada mereka dan mereka juga tidak diberikan apa-apa perintah?". Bashir al-Ghifari berkata: "Hanya Allah tempat memohon pertolongan". Baginda bersabda: "Apabila kamu merebahkan diri ke tilamnya, maka mintalah perlindungan kepada Allah terhadap kepayahan hari Kiamat dan keburukan hisab".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1483, hadis nombor 7569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال لبشير الغفاري: ((كيف أنت صانع في ((يوم يقوم الناس لرب العالمين)) مقدار ثلاث مئة سنة من أيام الدنيا، لا يأتيهم خبر من السماء، ولا يؤمر فيهم بأمر؟ قال بشير الغفاري: المستعان الله. قال: ((إذا أنت أويت إلى فراشك فتعوذ بالله من كرب يوم القيامة وسوء الحساب)). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (4149)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Bashir al-Ghifari: "Apakah yang kamu lakukan pada hari yang manusia berdiri di hadapan Rabb sekalian alam selama 300 tahun daripada bilangan hari-hari dunia, tidak ada sebarang berita daripada langit datang kepada mereka dan mereka juga tidak diberikan apa-apa perintah?". Bashir al-Ghifari berkata: "Hanya Allah tempat memohon pertolongan". Baginda bersabda: "Apabila kamu merebahkan diri ke tilamnya, maka mintalah perlindungan kepada Allah terhadap kepayahan hari Kiamat dan keburukan hisab".
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4149]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs