Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apakah yang kamu lakukan pada hari yang manusia berdiri di hadapan Rabb sekalian alam

Teks Bahasa Arab

كيف أنت صانعٌ في (يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ) مقدارَ ثلاثِ مئةِ سنةٍ من أيامِ الدنيا، لا يأتيهِم خَبَرٌ من السماءِ، ولا يُؤمَرُ فيهم بأمرٍ؟ قال بَشِيرٌ الغِفاريُّ: المستعانُ اللهُ. قال: إذا أنت أَوَيْتَ إلى فراشِك فتعَوَّذْ باللهِ من كَربِ يومِ القيامةِ وسوءِ الحِسابِ.

Teks Bahasa Melayu

"Apakah yang kamu lakukan pada hari yang manusia berdiri di hadapan Rabb sekalian alam selama 300 tahun daripada bilangan hari-hari dunia, tidak ada sebarang berita daripada langit datang kepada mereka dan mereka juga tidak diberikan apa-apa perintah?". Bashir al-Ghifari berkata: "Hanya Allah tempat memohon pertolongan". Baginda bersabda: "Apabila kamu merebahkan diri ke tilamnya, maka mintalah perlindungan kepada Allah terhadap kepayahan hari Kiamat dan keburukan hisab".

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1483, hadis no. 7569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال لبشير الغفاري: ((كيف أنت صانع في ((يوم يقوم الناس لرب العالمين)) مقدار ثلاث مئة سنة من أيام الدنيا، لا يأتيهم خبر من السماء، ولا يؤمر فيهم بأمر؟ قال بشير الغفاري: المستعان الله. قال: ((إذا أنت أويت إلى فراشك فتعوذ بالله من كرب يوم القيامة وسوء الحساب)). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (4149)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Bashir al-Ghifari: "Apakah yang kamu lakukan pada hari yang manusia berdiri di hadapan Rabb sekalian alam selama 300 tahun daripada bilangan hari-hari dunia, tidak ada sebarang berita daripada langit datang kepada mereka dan mereka juga tidak diberikan apa-apa perintah?". Bashir al-Ghifari berkata: "Hanya Allah tempat memohon pertolongan". Baginda bersabda: "Apabila kamu merebahkan diri ke tilamnya, maka mintalah perlindungan kepada Allah terhadap kepayahan hari Kiamat dan keburukan hisab". [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4149]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.