TEKS BAHASA ARAB
إذا خرج الرجل من باب بيته – أو من باب داره – كان معه ملكان موكلان به، فإذا قال: بسم الله؛ قالا: هديت، وإذا قال: لا حول ولا قوة إلا بالله؛ قالا: وقيت، وإذا قال: توكلت على الله، قالا: كفيت. قال: فيلقاه قريناه؛ فيقولان: ماذا تريدان رجل قد هدي وكفي ووقي؟!.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang itu keluar daripada pintu rumahnya – atau pintu kediamannya -, dua malaikat yang diutuskan ada bersamanya. Apabila dia mengucapkan: Dengan nama Allah (Bismillah), lalu dua malaikat itu berkata: Kamu telah diberikan hidayah. Apabila dia mengucapkan: Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, lalu dua malaikat itu berkata: Kamu telah dijaga. Apabila dia berkata: Aku bertawakkal kepada Allah, lalu dua malaikat itu berkata: Kamu telah dicukupkan. Baginda bersabda: Lalu jika dua qarinnya menemuinya, maka dua malaikat akan berkata: Apakah yang kamu inginkan daripada lelaki yang telah diberikan hidayah, kecukupan dan dipelihara (diindungi)?!.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1435 – 1436, hadis nombor 7295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي ﷺ قال: إذا خرج الرجل من باب بيته – أو من باب داره – كان معه ملكان موكلان به، فإذا قال: بسم الله؛ قالا: هديت، وإذا قال: لا حول ولا قوة إلا بالله؛ قالا: وقيت، وإذا قال: توكلت على الله، قالا: كفيت. قال: فيلقاه قريناه؛ فيقولان: ماذا تريدان رجل قد هدي وكفي ووقي؟!.
[هـ، ((الضعيفة)) (2554)]
(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang itu keluar daripada pintu rumahnya – atau pintu kediamannya -, dua malaikat yang diutuskan ada bersamanya. Apabila dia mengucapkan: Dengan nama Allah (Bismillah), lalu dua malaikat itu berkata: Kamu telah diberikan hidayah. Apabila dia mengucapkan: Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, lalu dua malaikat itu berkata: Kamu telah dijaga. Apabila dia berkata: Aku bertawakkal kepada Allah, lalu dua malaikat itu berkata: Kamu telah dicukupkan. Baginda bersabda: Lalu jika dua qarinnya menemuinya, maka dua malaikat akan berkata: Apakah yang kamu inginkan daripada lelaki yang telah diberikan hidayah, kecukupan dan dipelihara (dilindungi)?!.
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2554]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.