Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kedudukan yang terpuji’?

TEKS BAHASA ARAB

ما المقام المحمود؟ قال: ذاك يوم ينزل الله تعالى على كرسيه يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به وهو كسعة ما بين السماء والأرض فيجاء بكم حفاة عراة غرلاً فيكون أول من يكسى إبراهيم يقول الله: اكسوا خليلي فيؤتى بريطتين بيضاوين من رباط الجنة ثم أكسى على إثره ثم أقوم على يمين الله مقاماً يغبطني الأولون والآخرون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kedudukan yang terpuji’? Baginda SAW menjawab: Pada hari Allah swt turun atas Kerusi-Nya, Kerusi berkeriut (berbunyi) seperti bunyi pelana yang baru dipasang. Ia seluas langit dan bumi. Kalian didatangkan dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang, berkulup. Manusia pertama yang diberi pakaian adalah Ibrahim. Allah SWT berfirman: Pakaikan pakaian buat kekasih-Ku. Lalu dibawa dua pasang kain lembut lagi putih dari Syurga. Kemudian baki pakaian tersebut dipakaikan kepadaku. Lalu saya berdiri di sebelah kanan Allah, sebuah kedudukan yang dicemburui orang-orang dahulu dan kemudian.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1070, hadis nombor 5454. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن ابن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم، قيل له: ما المقام المحمود؟ قال: ذاك يوم ينزل الله تعالى على كرسيه يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به وهو كسعة ما بين السماء والأرض فيجاء بكم حفاة عراة غرلاً فيكون أول من يكسى إبراهيم يقول الله: اكسوا خليلي فيؤتى بريطتين بيضاوين من رباط الجنة ثم أكسى على إثره ثم أقوم على يمين الله مقاماً يغبطني الأولون والآخرون. [الدارمي، الضعيفة (5166)]

(Munkar dengan teks penuh sebegini) Daripada Ibn Mas‘ud RA daripada Nabi SAW: Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kedudukan yang terpuji’? Baginda SAW menjawab: Pada hari Allah swt turun atas Kerusi-Nya, Kerusi berkeriut (berbunyi) seperti bunyi pelana yang baru dipasang. Ia seluas langit dan bumi. Kalian didatangkan dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang, berkulup. Manusia pertama yang diberi pakaian adalah Ibrahim. Allah SWT berfirman: Pakaikan pakaian buat kekasih-Ku. Lalu dibawa dua pasang kain lembut lagi putih dari Syurga. Kemudian baki pakaian tersebut dipakaikan kepadaku. Lalu saya berdiri di sebelah kanan Allah, sebuah kedudukan yang dicemburui orang-orang dahulu dan kemudian. [Riwayat al-Darimi dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5166]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs