Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما خَيرٌ للنساءِ؟ فقالَت فاطمةُ: أن لايرين الرجالَ ولا يرونَهُنَّ.
Teks Bahasa Melayu
Apakah yang baik untuk wanita? Kami tidak tahu jawapannya. Lalu Ali pergi kepada Fatimah dan menceritakan tentang perkara tersebut. Fatimah berkata: Aku menyindir beliau dan berkata: Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memperlihatkan diri kepada lelaki dan para lelaki tidak melihat mereka. Lantas Nabi SAW berkata: Siapa yang mengajarkan kamu perkara ini? Ali berkata: Fatimah. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian daripada aku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1914, hadis no. 9613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: ما خير للنساء؟ فلم ندر ما نقول، فسار علي إلى فاطمة، فأخبرها بذلك، فقالت: فهلا قلت له: خير لهن أنْ لا يريْن الرجالَ ولا يَرَوْنَهُنّ فقال له: من علّمك هذا؟ قال: فاطمة. قال: إنها بَضْعَةٌ منِّي. [حل، ((الضعيفة)) (5743/م)]
(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apakah yang baik untuk wanita? Kami tidak tahu jawapannya. Lalu Ali pergi kepada Fatimah dan menceritakan tentang perkara tersebut. Fatimah berkata: Aku menyindir beliau dan berkata: Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memperlihatkan diri kepada lelaki dan para lelaki tidak melihat mereka. Lantas Nabi SAW berkata: Siapa yang mengajarkan kamu perkara ini? Ali berkata: Fatimah. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian daripada aku. [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5743]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman