Apakah saudara-saudara bagi surah Hud?

TEKS BAHASA ARAB

أجل، شيبتني (هو د) وأخواتها. قال أبو بكر: بأبي وأمي وما أخواتها؟ قال: (الواقعة) و(القارعة) و(سأل سائل) و(إذا الشمس كورت) [و(الحاقة)].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Benar, surah Hud dan saudara-saudaranya telah menyebabkan aku beruban (tua). Abu Bakr pun bertanya: Apa saja untukmu (walau) ayah dan ibuku menjadi galang ganti, apakah saudara-saudaranya? Baginda menjawab: Surah al-Waqi’ah, al-Qari’ah, Sa’ala Sa’il (al-Ma’arij), al-Takwir dan al-Haqqah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1423, hadis nombor 7224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: بينما أبو بكر وعمر جالسان في نحر المنبر، إذ طلع عليهما رسول الله ﷺ من بعض بيوت نسائه، يمسح لحيته، ويرفعها فينظر إليها، قال أنس، وكانت لحيته أكثر شيبا من رأسه، فلما وقف عليهما سلم، قال أنس: وكان أبو بكر رجلا رقيقا، وكان عمر رجلا شديدا، فقال أبو بكر، بأبي وأمي لقد أسرع فيك الشيب، فرفع لحيته بيده، فنظر إليها، وترقرقت عينا أبي بكر، ثم قال رسول الله ﷺ: أجل، شيبتني (هو د) وأخواتها. قال أبو بكر: بأبي وأمي وما أخواتها؟ قال: (الواقعة) و(القارعة) و(سأل سائل) و(إذا الشمس كورت) [و(الحاقة)].
[ابن سعد، ابن نصر في ((قيام الليل))،((الضعيفة)) (1931)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Ketika Abu Bakr dan ‘Umar sedang duduk di tengah mimbar, tiba-tiba Rasulullah SAW datang kepada mereka berdua dari arah rumah sebahagian isteri-isteri Baginda sambil memegang janggut Baginda dan mengangkatkannya, lalu Anas melihat pada janggut Baginda, Anas berkata: Janggut Baginda lebih banyak uban berbanding kepala Baginda. Apabila Baginda berada di tempat mereka berdua, Baginda memberikan salam, Anas berkata: Abu Bakr adalah seorang lelaki yang lemah lembut, manakala ‘Umar pula seorang yang tegas. Abu Bakr berkata: Aku tahu engkau dengan ayah dan ibuku! Engkau terlalu cepat tumbuh uban. Baginda pun mengangkat janggut Baginda menggunakan tangan Baginda, lalu Abu Bakr pun melihatnya, sambil bercucuran air mata Abu Bakr. Kemudian, Rasulullah SAW pun bersabda: Benar, surah Hud dan saudara-saudaranya telah menyebabkan aku beruban. Abu Bakr pun bertanya: Apa saja untukmu (walau) ayah dan ibuku menjadi galang ganti, apakah saudara-saudaranya? Baginda menjawab: Surah al-Waqi’ah, al-Qari’ah, Sa’ala Sa’il (al-Ma’arij), al-Takwir dan al-Haqqah.
[Riwayat Ibn Sa’d dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1931]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs