Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَجَلْ، شَيَّبَتْنِي هودٌ وأَخَواتُها. قال أبو بكرٍ: بأبي وأمي وما أَخَواتُها؟ قال: (الواقعةُ) و(القارعةُ) و(سأل سائلٌ)، و(إذا الشمسُ كُوِّرَتْ)، [و(الحاقَّةُ)].
Teks Bahasa Melayu
Benar, surah Hud dan saudara-saudaranya telah menyebabkan aku beruban (tua). Abu Bakr pun bertanya: Apa saja untukmu (walau) ayah dan ibuku menjadi galang ganti, apakah saudara-saudaranya? Baginda menjawab: Surah al-Waqi'ah, al-Qari'ah, Sa'ala Sa'il (al-Ma'arij), al-Takwir dan al-Haqqah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1423, hadis no. 7224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Ketika Abu Bakr dan 'Umar sedang duduk di tengah mimbar, tiba-tiba Rasulullah SAW datang kepada mereka berdua dari arah rumah sebahagian isteri-isteri Baginda sambil memegang janggut Baginda dan mengangkatkannya, lalu Anas melihat pada janggut Baginda, Anas berkata: Janggut Baginda lebih banyak uban berbanding kepala Baginda. Apabila Baginda berada di tempat mereka berdua, Baginda memberikan salam, Anas berkata: Abu Bakr adalah seorang lelaki yang lemah lembut, manakala 'Umar pula seorang yang tegas. Abu Bakr berkata: Aku tahu engkau dengan ayah dan ibuku! Engkau terlalu cepat tumbuh uban. Baginda pun mengangkat janggut Baginda menggunakan tangan Baginda, lalu Abu Bakr pun melihatnya, sambil bercucuran air mata Abu Bakr. Kemudian, Rasulullah SAW pun bersabda: Benar, surah Hud dan saudara-saudaranya telah menyebabkan aku beruban. Abu Bakr pun bertanya: Apa saja untukmu (walau) ayah dan ibuku menjadi galang ganti, apakah saudara-saudaranya? Baginda menjawab: Surah al-Waqi'ah, al-Qari'ah, Sa'ala Sa'il (al-Ma'arij), al-Takwir dan al-Haqqah. [Riwayat Ibn Sa'd dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1931]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman