Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apakah maksud kedudukan yang terpuji?

Teks Bahasa Arab

ذَاكَ يَوْمٌ يَنْزِلُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى كُرْسِيِّهِ، يَئِطُّ كَمَا يَئِطُّ الرَّحْلُ الْجَدِيدُ مِنْ تَضَايُقِهِ بِهِ، وَهُوَ كَسَعَةِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ.

Teks Bahasa Melayu

Pada hari Allah SWT turun atas Kerusi-Nya, berkeriut Kerusi seperti berkeriutnya pelana besi yang baru dipasang, dan keluasannya adalah seluas langit dan bumi.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1380, hadis no. 7023. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن مسعود رضي الله عنه، عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: قيل: ما مقام المحمود؟ قال: ذاك يوم ينزل الله تعالى على كرسيه، يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به، وهو كسعة ما بين السماء والأرض. [الدارمي، ك، فر، ((الضعيفة)) (6333)]

(Munkar) Daripada Ibn Mas'ud RA daripada Nabi SAW, katanya: Baginda ditanya: Apakah maksud kedudukan yang terpuji? Baginda menjawab: Pada hari Allah SWT turun atas Kerusi-Nya, berkeriut Kerusi seperti berkeriutnya pelana besi yang baru dipasang, dan keluasannya adalah seluas langit dan bumi. [Riwayat al-Darimi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6333]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.