Apakah maksud al-Hallu dan al-Murtahil?

TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله! أي العمل أحب إلى الله؟ قال: الحال المرتحل، قال: وما الحال المرتحل؟ قال: الذي يضرب من أول القرآن إلى آخره، كلما حل ارتحل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah! Amalan manakah yang paling dicintai oleh Allah? Baginda menjawab: Al-Hallu (Orang yang berhenti) dan al-Murtahil (Orang yang pergi). Lelaki itu bertanya: Apakah maksud al-Hallu dan al-Murtahil? Baginda menjawab: Orang yang membaca al-Qur’an daripada awal al-Qur’an hingga ke akhirnya, setiap kali dia berhenti, dia meneruskan bacaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1423, hadis nombor 7225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قال رجل: يا رسول الله! أي العمل أحب إلى الله؟ قال: الحال المرتحل، قال: وما الحال المرتحل؟ قال: الذي يضرب من أول القرآن إلى آخره، كلما حل ارتحل.
[ت، ك، ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (1834)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah! Amalan manakah yang paling dicintai oleh Allah? Baginda menjawab: Al-Hallu (Orang yang berhenti) dan al-Murtahil (Orang yang pergi). Lelaki itu bertanya: Apakah maksud al-Hallu dan al-Murtahil? Baginda menjawab: Orang yang membaca al-Qur’an daripada awal al-Qur’an hingga ke akhirnya, setiap kali dia berhenti, dia meneruskan bacaan.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1834]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs