Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا رسول الله! أي العمل أحب إلى الله؟ قال: الحَالُّ المُرْتَحِلُ قال: وما الحَالُّ المُرْتَحِلُ؟ قال: الذى يَضْرِبُ من أولِ القرآنِ إلى آخِرِهِ، كُلَّمَا حَلَّ ارْتَحَلَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Rasulullah! Amalan manakah yang paling dicintai oleh Allah? Baginda menjawab: Al-Hallu (Orang yang berhenti) dan al-Murtahil (Orang yang pergi). Lelaki itu bertanya: Apakah maksud al-Hallu dan al-Murtahil? Baginda menjawab: Orang yang membaca al-Qur'an daripada awal al-Qur'an hingga ke akhirnya, setiap kali dia berhenti, dia meneruskan bacaan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1423, hadis no. 7225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قال رجل: يا رسول الله! أي العمل أحب إلى الله؟ قال: الحال المرتحل، قال: وما الحال المرتحل؟ قال: الذي يضرب من أول القرآن إلى آخره، كلما حل ارتحل. [ت، ك، ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (1834)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah! Amalan manakah yang paling dicintai oleh Allah? Baginda menjawab: Al-Hallu (Orang yang berhenti) dan al-Murtahil (Orang yang pergi). Lelaki itu bertanya: Apakah maksud al-Hallu dan al-Murtahil? Baginda menjawab: Orang yang membaca al-Qur'an daripada awal al-Qur'an hingga ke akhirnya, setiap kali dia berhenti, dia meneruskan bacaan. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1834]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman