Apakah kamu tidak suka, wahai 'Ali?

TEKS BAHASA ARAB

ألا أرضيك يا علي؟ قال: بلى يا رسول الله! قال: أنت أخي ووزيري؛ تقضي ديني، وتنجز موعدي، وتبرئ ذمتي. فمن أحبك في حياة مني؛ فقد قضى نحبه. ومن أحبك في حياة منك بعدي؛ ختم الله له بالأمن والإيمان. ومن أحبك بعدي ولم يرك؛ ختم الله له بالأمن والإيمان، وأمنه يوم الفزع الأكبر. ومن مات وهو يبغضك يا علي؛ مات ميتة جاهلية، يحاسبه الله بما عمل في الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah kamu tidak suka, wahai ‘Ali? ‘Ali berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Kamu adalah saudaraku dan penolongku, engkau melunaskan hutangku, menyelesaikan janjiku, melepaskan tanggunganku. Oleh itu, sesiapa yang menyukaimu sewaktu hidup daripadaku, maka telah melunaskan tanggungjawabnya. Dan sesiapa yang mencintaimu pada hidupmu selepas kewafatanku, Allah akan tetapkan keamanan dan iman kepadanya. Sesiapa yang mencintaimu selepas kewafatanku sedangkan dia tidak pernah melihatmu, Allah tetapkan untuknya keamanan dan keimanan, serta Allah tenteramkannya pada hari kekacauan yang besar. Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia membencimu wahai ‘Ali, dia mati sebagai jahiliyyah, Allah akan menghisabnya terhadap apa yang dia telah lakukan ketika Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1343 – 1344, hadis nombor 6866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: بينما أنا مع النبي صلى الله عليه وسلم في ظل بالمدينة، وهو يطلب عليا رضي الله عنه؛ إذ انتهينا إلى حائط، فنظرنا فيه، فنظر إلى علي وهو نائم في الأرض وقد اغبر. فقال: لا ألوم الناس، يكنوك أبا تراب. فلقد رأيت عليا تغير وجهه، واشتد ذلك عليه، فقال: ألا أرضيك يا علي؟ قال: بلى يا رسول الله! قال: أنت أخي ووزيري؛ تقضي ديني، وتنجز موعدي، وتبرئ ذمتي. فمن أحبك في حياة مني؛ فقد قضى نحبه. ومن أحبك في حياة منك بعدي؛ ختم الله له بالأمن والإيمان. ومن أحبك بعدي ولم يرك؛ ختم الله له بالأمن والإيمان، وأمنه يوم الفزع الأكبر. ومن مات وهو يبغضك يا علي؛ مات ميتة جاهلية، يحاسبه الله بما عمل في الإسلام.
[طب، ((الضعيفة)) (4944)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: Ketika aku bersama Nabi SAW duduk bawah naungan di Madinah sewaktu Baginda sedang mencari ‘Ali RA, tiba-tiba kami sampai di satu kebun, kami pun melihat ke dalamnya, lalu Baginda ternampak ‘Ali sedang tidur di atas tanah yang telah terpalit debu, Baginda pun bersabda: Aku tidak mencela orang ramai yang memberi gelaran kepadamu sebagai Abu Turab (bapa tanah). Aku melihat ‘Ali berubah wajahnya dan hal itu menjadikan dia keberatan. Baginda pun bersabda: Apakah kamu tidak suka, wahai ‘Ali? ‘Ali berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Kamu adalah saudaraku dan penolongku, engkau melunaskan hutangku, menyelesaikan janjiku, melepaskan tanggunganku. Oleh itu, sesiapa yang menyukaimu sewaktu hidup daripadaku, maka telah melunaskan tanggungjawabnya. Dan sesiapa yang mencintaimu pada hidupmu selepas kewafatanku, Allah akan tetapkan keamanan dan iman kepadanya. Sesiapa yang mencintaimu selepas kewafatanku sedangkan dia tidak pernah melihatmu, Allah tetapkan untuknya keamanan dan keimanan, serta Allah tenteramkannya pada hari kekacauan yang besar. Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia membencimu wahai ‘Ali, dia mati sebagai jahiliyyah, Allah akan menghisabnya terhadap apa yang dia telah lakukan ketika Islam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4944]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs