Apakah kamu takut untuk menyebutkan tentang orang yang jahat?

TEKS BAHASA ARAB

أترعون عن ذكر الفاجر، اذكروه ليعرفه الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah kamu takut untuk menyebutkan tentang orang yang jahat? Sebutkanlah tentangnya supaya orang ramai mengenalinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 38, hadis nombor 148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أترعون عن ذكر الفاجر، اذكروه ليعرفه الناس)).
[الخطيب في ((رواة مالك))، ((الضعيفة)) (2632)]

(Palsu) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apakah kamu takut untuk menyebutkan tentang orang yang jahat? Sebutkanlah tentangnya supaya orang ramai mengenalinya.
[Riwayat al-Khaṭīb dalam Ruwāt Mālik. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2632]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs