Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَتَرْعَوْنَ عن ذِكْرِ الفاجِرِ ، اذْكُرُوهُ ليعرفَه الناسُ.
Teks Bahasa Melayu
Apakah kamu takut untuk menyebutkan tentang orang yang jahat? Sebutkanlah tentangnya supaya orang ramai mengenalinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 38, hadis no. 148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أترعون عن ذكر الفاجر، اذكروه ليعرفه الناس)). [الخطيب في ((رواة مالك))، ((الضعيفة)) (2632)]
(Palsu) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apakah kamu takut untuk menyebutkan tentang orang yang jahat? Sebutkanlah tentangnya supaya orang ramai mengenalinya. [Riwayat al-Khaṭīb dalam Ruwāt Mālik. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2632]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman